Kerajaan Negeri Sabah Hari ini melancarkan Application SabahTrace.
Application SabahTrace ini bertujuan untuk menjejak para pembeli ke mana mereka pergi membeli belah dalam pada masa yang sama memudahkan untuk mengesan serta mengenalpasti sekiranya berlaku sebarang penularan wabak covid 19.
Para usahawan serta para peniaga di Sabah digesa untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan application SabahTrace bagi memastikan application tersebut dilaksanakan. QR code juga akan dibekalkan kepada para usahawan serta peniaga bagi memudahkan para pembeli untuk mendaftarkan diri mereka ketika membeli belah.
Usaha ini sekaligus akan mengelak pencemaran alam sekitar dengan kurang penggunaan kertas serta log book bagi mendaftarkan para pengunjung ke pusat membeli belah.
Semoga Sabah Bumi Di Bawah Bayu sentiasa aman makmur dan bebas covid hendaknya!
