TIMOGAH.COM memudahkan serta banyak membantu orang ramai khususnya di Sarawak dengan menghubungkan para pembekal, pemborong, peniaga serta pengguna untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan.
Platform rantaian digital yang dipelopori oleh anak tempatan Sarawak itu telah dicipta pada sekitar tahun 2017 dan telah pun terbukti banyak membantu orang ramai dengan memudahkan segala urusan jual beli.Segala jenis barangan mentah serta barangan basah dan kering dapat diperolehi didalam platform yang mesra pengguna tersebut.
Pihak pengguna cuma perlu meletakkan pesanan dan segala barangan akan terus sampai ke depan pintu rumah anda dengan harga yang sangat murah. Selalunya kita kena bersesak sesak ke pasar tani untuk membeli sayur atau pun ke pasar ikan untuk membeli ikan tapi dengan menggunakan platform timogah.com, sayur dan ikan sampai kerumah kita.
Bayangkan berapa banyak penjimatan yang boleh kita lakukan?
Kepada para peniaga pula, anda boleh menggunakan platform tersebut untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan. Kita hanya kena pastikan bekalan barangan kita sentiasa mencukupi demi untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kita.
Syabas anak Sarawak!
Facebook Timogah: https://m.facebook.com/timogah/
