
Untuk transit/lintas Brunei, anda harus ada surat pergerakan dari polis kerana mesti mempunyai alasan yang kukuh sama ada untuk balik ke tempat asal, terkandas atau atas urusan kerja. Bagi alasan atas urusan kerja, Surat Sokongan daripada majikan amatlah diperlukan bagi memudahkan polis untuk memberi kelulusan untuk transit/lintas Brunei.
Sekiranya sudah diluluskan, dokumen/borang untuk memohon/lintas Brunei boleh dimuat turun pada link ini. www.immigration.gov.bn
Print dan isi borang permohonan untuk memasuki Brunei dan serahkan borang tersebut kepada pegawai transit dan minta rujuk borang PKP yg telah diberikan oleh polis untuk menyatakan tujuan.
Dengan menggunakan laptop ataupn telefon pintar anda, sila isi borang SDMC dan borang tersebut boleh didapati pada link ini. Dan dalam masa satu jam boleh lulus. https://sarawakdisastermc.com/

tunggu keputusan bagi tujuan mengelakkn daripada dikuarantin atau dikecualikan kuarantin oleh pegawai kesihatan semasa di pos kawalan Malaysia.
Setelah semua selesai dan diluluskan, hantar semua dokumen melalui Email ke – Info@immigration.gov.bn
Didalam email tersebut anda hendak lah sertakn Borang PKP polis, borang permohonan masuk Brunei, borang SDMC dan juga borang-borang berkenaan bagi menguatkan alasan anda untuk transit/lintas Brunei.
Semoga memberi manfaat bagi individu yang hendak transit/lintas negara Brunei.
JanganLupaPrint
Jangan Lupa Mandi Bila Sampai Destinasi
Info menarik: Real Life Inspiration and Success Story
Kd:Si Ham Ni