PM tepi dan tak letak harga, peniaga online bakal didenda sehingga RM50,000

Posted by

·

, , ,
Syarikat perbadanan boleh didenda RM100,000 dan RM50,000 bagi orang perseorangan jika guna istilah PM tepi

Istilah PM TEPI amat popular bagi peniaga online. Asal pengguna bertanya PM HARGA, peniaga akan menulis perkataan PM TEPI.

Walau amaran sudah dikeluarkan tidak boleh menulis perkataan pm tepi tetapi nampaknya peniaga mudah terlupa bahawa itu perkataan HARAM bagi mereka di media social.

Mungkin terlupa atau sudah biasa menulis perkataan tersebut, nyata ia membawa padah apabila Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mula menyerbu peniaga degil.

Buktinya, pada bulan Mac yang lalu, peniaga perabot yang menjalankan perniagaan di media social menjadi syarikat diserbu sekumpulan pegawai dari kementerian.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, siasatan awal pihaknya mendapati syarikat itu beroperasi menerusi laman Facebook (FB) sejak Ogos tahun lalu.

“Kita berjumpa dengan pengarah syarikat itu dan beliau mengakui pihaknya tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Selangor.

Tindakan lelaki berusia 41 tahun itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sepanjang tahun lalu 7,729 aduan diterima oleh KPDNHEP Selangor dan 1,195 membabitkan aduan pengguna yang membeli barangan dalam talian.

Sumber: Harian Metro

Inspirasi Menarik: We Control Our Emotions Not Emotions Control Us

fizz1388 Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading