
TOKYO: Takashiro Shiraishi,lelaki yang menggunakan apps ‘Twitter’ untuk memikat wanita yang kelihatan cenderung untuk membunuh diri dan mengajak untuk datang kerumah nya,di mana dia memberi dadah, merompak, merogol dan membunuh mereka sebelum si pelaku mengerat-ngerat mayat mangsa, semalam telah dijatuhkan hukuman mati.
Polis Tokyo menemui sembilan kepala manusia dan 240 tulang yang tersimpan di dalam kotak pendingin di pangsapuri kecil milik nya. Rumah yang tertuduh bersalah terletak di bandar Zama, 90 minit perjalanan dari pusat bandar Tokyo, digelar media Tokyo “Scray House”.
BUKA AKAUN DAGANGAN ANDA SECARA PERCUMA
Sembilan pembunuhan ini berlaku selama tiga bulan dari Ogos hingga Oktober 2017.
Lapan mangsa wanita 15 tahun hingga 26 tahun. Satu-satunya lelaki adalah kenalan kepada seorang wanita yang hilang dan terbunuh apabila hampir mengetahui kejahatan suspek.
Shiraishi, yang kini berusia 30 tahun, mengaku bersalah atas semua tuduhan terhadapnya selama perbicaraan di mahkamah yang merangkumi 23 perbicaraan tertumpu pada tahap kesalahannya.

Peguam belanya berpendapat pembunuhan ini di kelaskan sebagai “Konsesual” dan harus dianggap sebagai tuduhan pembunuhan lebih rendah atas persetujuan.
Ketua Hakin Naokuni Yano, bagaimanapun, menolak pembelaan tersebut.
“Tidak ada mangsa yang setuju di bunuh. Terdakwa didapati bertanggungjawab sepenuhnya,”.Kata Hakim Naokuni semalam ketika menjatuhkan hukuman mati kepada Shiraishi.
Menganggur pada tahun 2017, dia menggunakan dua akaun Twitter untuk memikat wanita(mangsa).
Dalam akuan yang pertama, dia memainkan peranan sebagai pembimbing.Pembimbing yang boleh membantu individu yang cenderung untuk membunuh diri agar niat individu tersebut untuk menunaikan “hajat” membunuh diri itu tercapai.
Di akaun kedua nya pula, dia memainkan watak sebagai seorang yang kesunyian dan memerlukan teman untuk membunuh diri bersama-sama.
Perbuatan Shiraishi terdedah setelah seorang abang kepada mangsa mengambil keputusan untuk menggodam akaun twitter Shiraishi dan menemui mesej-mesej yang menyeram kan.
SUMBER:BERITA HARIAN