Kluster baru di Sarawak !

Posted by

·

Sebanyak dua lagi kluster jangkitan COVID-19 yang telah diisytiharkan di Sarawak iaitu Kluster Pujut Satu di Miri dan Kluster Jalan Bambangan di Mukah.

Penambahan dua kluster ini menjadikan jumlah kluster yang aktif di Sarawak mencatatkan sebanyak 47 kluster.

Berdasarkan jumlah tersebut sebanyak 13 kluster mencatatkan penambahan kes manakala 34 kluster lagi tiada perubahan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) juga turut memaklumkan bahawa daerah Matu juga telah bertukar dari status Kuning ke status Merah selepas mencatatkan 42 kes tempatan.

Penambahan ini juga menyebabkan 14 daerah kini berstatus merah termasuk Sri Aman,Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Meradong, Kuching, Julau, Kapit, Miri, Bintulu, Sibu dan Mukah.

Rahsia jutawan!!!

Selain itu, 16 daerah iaitu Selangau, Limbang, Bau, Pakan, Song, Tebedu, Tanjung manis, Belaga, Lubok antu, Tatau, Betong, Dalat, Daro, Lawas, Bukit Mabong dan Asajaya masih berstatus kuning manakala lima daerah iaitu daerah Marudi, Sebauh, Subis, Saratok dan Kanowit masih kekal berstatus jingga.

Manakala lima daerah lain pula iaitu Pusa, Telang Usan, Lundu, Simunjan dan Kabong masih berstatus Hijau.

“video viral motivasi diri anda”

dailyblogspot87 Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading