
Baru dibeli ahad lepas dan tiba hari ini.
Done install pada tv Philip saya yang dibeli pada tahun 2013. Haha. TV flat screen, bukan LED, tiada internet or Bluetooth or detect pendrive ke apa. Just normal HD tv with HDMI port. Lama tv ni, masih bertahan, tiada satu kerosakan pun. Skrin masih jelas, tiada calar.
So bagaimana untuk menonton Youtube / Netflix dan terkini Disney Hotstar di TV lama ni?
Ada dua kaedah sebenarnya.
- Guna Android box
- Guna Dongle
- Android box ni saya kurang gemar sebab setakat ni dah guna 3, semuanya rosak tak sampai dua bulan. Sebab penggunaan tinggi di rumah ni, mcm 24 jam, so mungkin overheat ke apa or kena scam dengan seller barang mudah rosak 🤣🤣
- So saya guna Dongle. Ada mcm2 jenis tp yang popular adalah Mi Stick dan Google Chromecast.
Google Chromecast Version 2. Dahulu saya guna ni. Boleh lihat post sebelum sebelum ni. Saya ada share balik posting 2018. Boleh lihat sana dan setiap penerangan ada dalam gambar.
So kenapa saya upgrade kepada version 4 ni yang dinamakan Chromecast with Google TV?
i. Saya gunakan phone Huawei Mate 30 dan ada isu Google Banned. So saya ada masalah untuk connect phone dengan Google Chromecast Version 2. Wife pun pakai Huawei Mate 20,dah mula sukar untuk connect lepas several update. Item masih ok sempurna walaupun dah 4 tahun guna. Tp sebab isu google banned ni, terpaksa upgrade Google Chromecast.
ii. Chromecast with Google TV ni upgraded banyak perkara. TV ada paparan seperti Android TV, dan dia ada remote. So tiada keperluan lagi menggunakan phone untuk connect ke tv. Selesai masalah
So saya explain A to Z dengan penerangan pada setiap gambar…



Fungsi yang ada pada remote:-
Atas sekali yang tengah tu seperti butang enter. Sekitarnya untuk up down left and right pada screen tv nanti.
Tanda anak panah kiri tu untuk fungsi back
Yang gambar mcm buih tu voice control. So tekan tu dan kata how’s the weather today, dia akan jawab based on location kita, keadaan weather hari ni. Surprisingly dia detect even english malays slang. Haha.
Bentuk rumah tu butang home
Kanan tu mute
As said tadi butang YouTube dan Netflix tu adalah shortcut button. Mana takda nanti boleh pilih di screen
Kiri bawah bawah tu butang off tv. Dia akan set up masa sesi installation.



HULURKAN BANTUAN & RINGANKAN BEBAN
Source : Click here
Pasif income : Click here