SEBAB BABI TIDAK MEMPUNYAI LEHER.

Posted by

·


Khinzir adalah sejenis haiwan yang membiak dalam kawasan yang kotor seperti kawasan bernajis yang mempunyai kotoran. Khinzir memakan najis mereka sendiri bahkan memakan najis daripada khinzir yang lain.

Bukan hanya Islam yang menyatakan kekotoran khinzir, Bible juga menyatakan bahawa khinzir adalah sejenis haiwan yang kotor dan tidak bersih.

Orang bukan Islam dan juga golongan Ateis hanya akan menerima pembuktian atau hujah logik akal dan juga pembuktian sains sahaja.

Bagi menjawab justifikasi pengharaman makan babi dari sudut sains, kita boleh melihat kepada apa yang terkandung dalam daging babi itu sendiri. 

Apabila seseorang itu memakan daging babi, dia berisiko untuk mendapat penyakit helmintiasis. Helmintiasis ialah penyakit yang disebabkan oleh serangan cacing parasit dalam tubuh manusia.

Dalam daging babi, terdapat pelbagai jenis cacing parasit seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan pelbajai jenis cacing lain. Salah satu cacing yang paling berbahaya ialah jenis Taenia Solium atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ‘Pork Tapeworm’. 

Ia berada di kawasan usus babi dan mempunyai saiz yang sangat panjang. Jika seseorang itu makan daging babi, ovum atau telur cacing ini boleh memasuki aliran darah lalu pergi ke seluruh organ tubuh manusia. 

Ia boleh menyebabkan sakit kepala, loya malah sawan sekiranya ia menembusi kawasan otak manusia. Telur cacing ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada hati, mata dan juga jantung.

Ada yang mengatakan, jika daging babi dimasak dengan betul, maka ovum atau telur cacing tersebut akan mati. Ternyata, tanggapan tersebut tidak benar.

Satu kajian dilakukan terhadap 24 individu yang mempunyai penyakit Tichuriasis yang disebabkan oleh telur cacing. Didapati 22 individu daripada keseluruhan 24 individu tersebut telah memasak daging babi yang dimakan mereka dengan betul. 

Namun, walaupun daging tersebut telah dimasak, mereka masih lagi dijangkiti penyakit tersebut.


TONTONAN UMUM


Sedap ke babi?

Dipersilakan share tidak kira seorang pemakan babi atau tidak pemakan babi.

Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading