
Satu demi satu berita kita terima berkenaan kes kematian bunuh diri. Mereka dah buntu, mereka cuma ada satu jalan penyelesaian untuk keluar dari masalah mereka. Mereka BUNUH DIRI.
Bunuh diri bukan penyelesaian, jangan cuba bunuh diri! Jangan bantu, dorong atau bersubahat untuk orang lain bunuh diri!
Tahukah anda, cubaan bunuh diri / bantu orang lain bunuh diri adalah merupakan KESALAHAN JENAYAH DI BAWAH KANUN KESEKSAAN.
TONTONAN UMUM
Perkara ni banyak perdebatan nya. Ada pihak yang cuba memperjuangkan untuk mansuhkan akta ini sebab secara logic, bunuh diri ni berkaitan dengan tekanan kehidupan dan mental health. Perlaku yang membuat cubaan bunuh diri lebih wajar ditangani dengan perubatan, kaunseling etc berbanding di hukum sebagai penjenayah.
Namun kita kena realistic sebab so far akta tersebut masih kekal di dalam Kanun Keseksaan dan cubaan bunuh diri masih di klasifikasikan sebagai kesalahan jenayah.
Menurut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh atau melakukan apa-apa tindakan yang menghala ke arah berkenaan, pelakunya boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau pun keduanya sekali.
Kalau seseorang itu bersubahat atau mendorong orang lain pula membunuh diri, ianya juga merupakan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 305 dengan hukuman penjara boleh sampai 20tahun dan denda atau seksyen 306 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara boleh sampai 10tahun dan denda.
JANGAN BUNUH DIRI! JANGAN BERSUBAHAT ATAU MENDORONG ORANG LAIN UNTUK BUNUH DIRI!
Keinginan membunuh diri adalah satu masalah berkaitan kesihatan umum yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk orang di sekeliling kita. Kita kena prihatin!!!!! Selamatkan mereka!!!
Kibarkan bendera putih sekiranya anda memerlukan bantuan! Jangan malu!!! Jangan bunuh diri! Kami sayang anda!
Dipersilakan komen dan sebarkan untuk pedoman semua.