HARGA AYAM DIJANGKA NAIK LAGI.

Posted by

·

,

Harga bergantung apa? Bergantung kos.

Pada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun.

Kos naik, harga naik,

kos turun, harga turun,



Semua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai

Kemudian, pada tahun lepas

Harga bahan mentah import meningkat mendadak

Kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa, dan faktor bekalan

Jadinya,

Harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021)

Harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021)

Harga gandum meningkat

Semua ini, bahan2 yang menjadi kandungan utama dedak(lebih 80%)

Dan bahan2 ini, diimport

Sebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya

Ayam daging ni, dedak2nya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien,



boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan,

Dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.

Baka2 ayam ini kebanyakannya baka2 import

Seperti COBB, ROSS, Indian River

Mereka bukan makan jagung manis cameron highland

Mereka makan jagung bijirin

Yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia

Bahan2 ni, kita bukan import sikit2

Setahun, lebih 3.9 juta metrik tan jagung bijirin lebih 1.4 juta metrik tan soya diimport

Boleh kita hasilkan sebanyak tu? Boleh.

Memang boleh.

——————————————

Jadi bila bahan2 mentah ini naik harga, harga dedak meningkat

Dari RM80/50kg kepada RM120/50kg (meningkat lebih 50%)

Bila meningkat, kos ternakan meningkat,

Dan macam biasa, logiknya, harga ayam meningkat.

Dan itulah yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021.

Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30.

Tanpa kawalan harga/subsidi kepada dedak.

Sebenarnya, pengilang dedak, penternak dah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan.

Bila harga kawalan ditetapkan, penternak bukan kurang untung, penternak rugi.

Jadi penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan.

Sementara kami nampak titik keluar



Jadi sebab itulah ayam kurang

Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup

Kemudian, harga kawalan makin turun.

RM9.10,

kemudian RM8.90

ada pula buat RM8…

Penternak makin tersepit, dan ada yang dah gulung tikar

Bukan anak ayam tiada atau bermasalah,

Tapi, siapa yang nak ternak ayam bila rugi?


VIDEO TRENDING TERKINI


Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan

Penternak harap titik tengah dapat dicapai.

Supaya industri ini dapat kekal, dan dalam masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas dalam harga mampu milik.


Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading