Pengundian secara rasmi berakhir pada jam enam petang tadi.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 70 peratus pengundi yang layak di seluruh Malaysia telah membuang undi setakat jam empat petang tadi.Pada 2018, dengan peratusan keluar mengundi akhir sebanyak 82.3 peratus, jumlah keseluruhan pengundi yang menyertai pilihan raya itu ialah 12.99 juta.




Peti Undi Pengundian Awal Parlimen P.180 Keningau dibawa masuk ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Masyarakat Keningau. Proses pengiraan undi akan dilakukan dengan disaksikan oleh ejen calon parti bertanding.

Sekitar suasana di hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Terengganu yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai mengundi pada hari ini.Seramai 915,748 pengundi di Terengganu antara lebih 20 juta rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi mandat kepada parti politik yang dipilih untuk pembentukkan kerajaan persekutuan baharu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 65 peratus pengundi yang layak di seluruh Malaysia telah membuang undi setakat jam tiga petang tadi.Disebabkan bilangan pengundi yang lebih tinggi tahun ini, peratusan keluar mengundi sebanyak 65 peratus bersamaan dengan hampir 13.76 juta undi.Ini adalah 1.46 juta lebih pengundi daripada jumlah keseluruhan pengundi pada pilihan raya umum ke-14.
Pilihan Terbaik Insurans Kesihatan Warga Emas di Malaysia!
Seiring peningkatan populasi warga emas di Malaysia, insurans kesihatan yang mampu milik semakin penting. Artikel ini memberikan panduan kepada warga emas dalam memilih perlindungan terbaik daripada pilihan insurans yang tersedia dalam landskap penjagaan kesihatan yang berkembang. Kepentingan Perlindungan Kesihatan untuk Warga Emas Warga emas sering memerlukan perhatian perubatan segera. Insurans kesihatan dapat membantu meringankan beban…
Kalau Kita Sokong Negara Iran.Kita Jadi Syiah?
Walaupun Iran sinonim dgn fahaman Syiah tetapi Iran adalah satu-satunya negara Islam yang berani menyerang Israel.Manakala negara Arab lain memilih untuk membisu seribu bahasa.Pada tahun 2020, Kebanyakan negara Arab seperti UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi mendatangani Abraham Accords iaitu perjanjian diplomatik dengan Israel yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat (AS).Mesir dan Arab Saudi tidak termasuk dalam…
Cara Mula Simpan Emas dengan Public Gold
Berikut adalah item emas keluaran Public Gold. Terdapat 3 langkah mudah untuk memulakan simpanan emas bersama Public Gold: 1. Daftar Akaun Public Gold 2. Sahkan Akaun Public Gold 3. Beli Emas Public Gold Sudah bersedia? Mari kita teruskan dengan langkah pertama. Langkah 1 – Daftar Akaun Public Gold Daftar akaun Public Gold secara percuma melalui…
