WALAUPUN NEYMAR PARAH.JARINGAN FENOMENA DARIPADA RICHARLISON MENGHIASI KEMENANGAN BERGAYA 2-0 BRAZIL KEATAS SERBIA.

Posted by

·

BRAZIL MULA LANGKAH KANAN BENAM SERBIA.

Atas kertas Serbia menggunakan formasi 3-4-3 dengan cuba overloading pemain di bahagian tengah.Tujuannya supaya meneutralisekan serangan Brazil yang tertumpu kepada Neymar di posisi No.10.

Build-up Brazil banyak menggunakan bahagian width dan lebih cenderung menerusi gerakan berbahaya Vinicius Jr. di sebelah kiri.Brazil juga selesa bermain dengan long range passes bagi mempercepatkan pergerakan bola ke hadapan.

Peranan half back Casemiro dengan hantaran-hantaran tepat selain mematikan serangan lawan sangat membantu.Dua gol Brazil terhasil daripada gerakan sebelah kiri yang dimulakan Vini Jr.

Richarlison membuktikan dia lebih layak menyarung jersi Brazil dengan satu gol mudah dan satu lagi gol akrobatik menarik.Serbia pula tidak dapat banyak mencipta gerakan. Salah satu faktornya adalah high pressing system pemain Brazil untuk memenangi semula bola.

Tekanan tinggi pemain-pemain Brazil menyebabkan Serbia gagal mengawal permainan apatah lagi menyerap serangan bertali arus daripada Brazil.Apabila Serbia kehilangan bola di bahagian tengah, Brazil akan menggerakkan The Trequartista Neymar untuk menjana serangan ke bahagian atas.Keadaan ini menyebabkan Serbia sentiasa terdedah kepada counter-attack pantas daripada lawan.Nyata perlawanan pagi tadi terlalu berat sebelah.Brazil menguasai 59 peratus, 22 total shots dan 8 daripada on target (data sofascore).

@tansristudio

Respect yourself enough to know you deserve the very best. #fyp #enough #deserve #best

♬ Blinding Lights – The Weeknd

Berdasarkan Expected Goals (xG) Serbia bagi keseluruhan permainan adalah 0.18 berbanding Brazil, 2.39 dengan separuh masa kedua lebih tinggi.Opta memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap persembahan Richarlison semalam. xG keseluruhan 0.9 dengan dua gol terhasil dan 3 shots keseluruhan. xG per shot Richarlison adalah 0.31.

Ia meletakkan Brazil dalam aksi terbaiknya dengan dua jaringan terhasil.


DETIK DETIK KEMENANGAN BRAZIL-SERBIA.


KECEDERAAN NEYMAR


Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading