Lagenda David Beckham

Posted by

·

Bercerita pasal Beckham ni, kalau kau nak jadi pembola sepak dan selebriti pada masa yang sama, dia contoh yang bagus.

Sebab rakan rakan dia tak pernah ada masalah dengan dia walaupun dia jadi selebriti.Namun kau bayangkan Sir Alex tetap tak boleh terima pun. Kalau nak main bola jadi pemain bola. Nak jadi selebriti sila ke Hollywood lebih kurang gitulah.Sampai sekarang dia masih lagi selebriti. Sekarang jadi owner kelab merangkap selebriti pulak.

Beckham ni pun masih takut dengan Sir Alex walaupun dia ada ramai peminat dan sangat berpengaruh.Sir Alex sendiri masih geram dengan dia bila fikir balik perangai Beck ni dulu: “Degil…” kata Sir Alex menggambarkan perangai anak murid dia yang satu tu.

Beckham dan dunia glamor susah nak dipisahkan. Sebab apa saja dia buat dulu orang suka. Beckham pakai G-string pun orang anggap cool. Bayangkan Ryan Giggs buat macam tu?Roy Keane cakap Beckham ni langsung tiada masalah walaupun dia bergelumang dengan dunia glamor. Kerap muncul di majalah Mangga cawangan UK.Bagi Keane selagi lagi dia bagi impak kepada pasukan, lantak dia la. Paling Keane menyampah dengan bebudak baru sekarang ni, nak jadi player selebriti tapi perform kelaut lepas pergi kelab malam.

Tapi akhirnya Sir Alex rasa benda ni harus dihentikan. Dia tak suka Beck duduk London dan berulang dari sana ke Manchester. Jauh mat oi.Dan dia pun dijual ke Real Madrid. Tempat tu kena sangat dengan dia. Galaticos! Memang di sana star berkumpul. Boleh buat benda benda gini tanpa masalah.Lepas tu ke LA Galaxy lagi kena.Penjualan dia lebih kepada atas dasar perselisihan prinsip tapi Beckham dan Sir Alex masih saling menghormati antara satu sama lain.

Apa yang pasti, tiada siapa yang salah. Sebab Beckham memang boleh menjadi pemain bola sepak dan selebriti pada masa yang sama.Dan Sir Alex tak salah, sebab kalau dia terus simpan Beck masa tu, pemain lain pasti nak privellege yang sama dan itu bercanggah dengan prinsipnya. Dia boleh je tanggung Beck ni begitu sebab tu Beckham masih pemain yang menjadi pemain utamanya.Sehinggalah insiden kasut terbang sebab Beckham cari pasal masa tu tetiba pula pergi menjawab orang tua tu.

Tapi pergi Beckham dulu tak begitu terasa kerana mereka menerima kedatangan Cristiano Ronaldo.Jadi, kalau seorang pemain tu nak jadi pemain merangkap selebriti pada masa yang sama, jadi seperti Beck. Muncul di majalah bola dan majalah hiburan. Pada hujung minggu skor freekick.

Dengan England jadi kapten dan skor freekick lagi kan. Cross pun padu. Training sentiasa hadir. Semua aktiviti bola sepak kelab sentiasa ada.

Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading