Gara-gara gagal pinjamkan wang, wanita maut ditikam enam kali di bahagian perut.

SIBU: Hanya kerana enggan memberi pinjam wang kepada rakannya, seorang wanita maut ditikam dalam kejadian berhampiran sebuah kedai di Sibu Jaya, petang semalam.Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pada 3.10 petang itu, polis menerima maklumat mangsa seorang perempuan berusia 24 tahun terbaring di kaki jalan kedai.
“Semasa kejadian, mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya.
“Pada 11.34 malam, kita telah mendapat maklumat mangsa telah meninggal dunia dan kes ini telah kita klasifikasikan sebagai 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, petang tadi.Zulkipli berkata, dua lelaki rakyat tempatan berusia 27 dan 28 tahun telah ditahan di dua lokasi berbeza bagi membantu siasatan kes itu.

“Hasil tangkapan pertama (P1) berusia 28 tahun jam 9.30 pagi tadi di Sibu Jaya, manakala tangkapan kedua (P2) berumur 27 tahun kita telah jalankan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.”Daripada dua tangkapan, kita sudah tahu motif kejadian. P2 juga dikenali oleh mangsa.
“Siasatan yang telah kita jalankan kepada mangsa terdapat 6 tikaman kecederaan. Pihak polis telah merampas sebilah pisau dan pakaian yang digunakan oleh P2 semasa kejadian,” katanya.Menurut Zulkipli lagi, hasil siasatan awal motif kejadian adalah disebabkan P2 hendak meminjam wang kepada mangsa tetapi tidak diberi pinjam menimbulkan kejadian yang berlaku.

“Kita telah menjalankan ujian air kencing ke atas P1 dan P2. P1 tiada rekod lampau manakala P2 positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine serta mempunyai rekod jenayah lampau dibawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).”Kes ini telah selesai dan pihak polis menjalankan siasatan secara profesional untuk memastikan suspek terlibat dibawa ke muka pengadilan,” tegasnya.
Beliau memohon kepada pihak masyarakat rakyat di luar supaya tidak menyebarkan berita yang tidak benar melalui video yang diviralkan.
Kredit : Sibu Update
Video : TV3
