NGERI!REMAJA PEREMPUAN MAUT APABILA MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI HILANG KAWALAN.

Posted by

·

,

MIRI, 28 Feb: Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha R25 yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan di sini kira-kira jam 12.58 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata siasatan awal mendapati motosikal tersebut datang dari arah Tanjung Lubang menghala ke Coco Cabana dan membuat pusingan-U menghala semula ke Tanjung Lobang.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata selepas membuat pusingan-U, motosikal yang ditunggang mangsa disyaki gagal dikawal lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

Akibat kemalangan itu, katanya, mangsa berusia 18 tahun terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER FACEBOOK

Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading