Ini nasihat kewangan untuk orang muda:

- Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.
- Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)
- Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada Grab Food, Food Panda dan macam2.
- Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.
- Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak.
- Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu free.
- Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah.
- Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.
- Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.
- Pergi mohon PRS (Private Retirement Scheme). Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.
- Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.
- Kurang kan bakar duit sendiri, yakni MEROKOK. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.
- Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Takyah terpengaruh dengan trend instafamous.
- Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.
- Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.
- Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.
- Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawak bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.
- Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pon hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.
- Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Support dorang.
- Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.
Rasa bermanfaat & sesuai, boleh kongsikan kepada rakan dan teman.
