Beberapa tips minum air kosong sebagai asbab untuk capai penurunan berat badan:

1) Minum air kosong setelah bangun tidur sebagai asbab untuk sekat selera makan dari makan berlebihan waktu sarapan. Ini dapat mengurangkan pengambilan kalori berlebihan waktu pagi.
2) Minum air kosong sebelum makan pun sebagai asbab untuk rasa sedikit kenyang sebelum ambil sarapan, lunch dan dinner sekaligus dapat mengurangkan makan berlebihan.
3) Kalau kurang gemar minum air kosong, letak sedikit perisa seperti lemon. Sedikit sahaja perisa. Bukan banyak. huhu.
4) Beli botol air cantik agar lebih bersemangat untuk amalkan minum air kosong. Kalau boleh, beli botol air yang dah diletak tanda waktu minum air agar mudah untuk follow waktu minum.
5) Minum air kosong ketika rasa lapar antara waktu makan sebab asbab untuk cover rasa lapar sebelum tunggu waktu makan seterusnya.
6) Minum air kosong sebelum dan setelah bersukan atau bersenam.
7) Minum air kosong sebelum tidur sebagai asbab untuk tingkatkan metabolism sekaligus untuk bakar kalori.
Begitulah beberapa tips minum air kosong. Penting minum air kosong dalam diet. Kalau masih tak boleh fokus minum air kosong, teruskan usaha sehingga berjaya fokus minum air kosong.
SILA KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT!
