PANDUAN MENGELAK SCAM

Posted by

·



  1. Jika ia “too good to be true”, ia adalah “not true”.
  2. Apa sahaja tawaran, hadiah, janji, ugutan yang menyebabkan anda perlu membayar sejumlah wang, MAKA IA ADALAH SCAM.


Contoh:-
Janji nak bagi hadiah, dah hantar, sangkut kat Kastam, kena bayar deposit RM5k.

Contoh:-
Keluarga mati di Eropah, tinggal harta banyak kepada kita, nak tuntut kena bayar yuran kargo RM150k.

Contoh:-
“Polis” beritahu akaun anda terlibat siasatan jenayah. Kena pindah semua wang ke akaun sementara atas nama syarikat lain.


@tansristudio

Never run out of power again! 🔋💥 Check out our top-rated power bank for unbeatable performance and style. Get yours now and stay charged on the go! 🚀 #TechMustHave #PowerBank #powerbankmurah

♬ Under The Stars – Froy

  1. Transaksi dijalankan TANPA BERSEMUKA
  2. Wujud UNSUR-UNSUR mendesak, mahukan anda buat keputusan segera, biasanya “on the spot” atau hari yang sama.
  3. Tidak benarkan anda mendapatkan nasihat ahli keluarga, kawan-kawan.
  4. Dokumen-dokumen sokongan yang diberikan mengandungi kesilapan “typo” dan susunan bahasa yang pelik.


TIPS MENYEMAK:-

  1. Beritahu bahawa anda mahu minta nasihat kawan peguam anda. Atau minta dia hubungi peguam anda. (Buat-buat ada peguam peribadi walaupun tiada).
  2. Mintak “scammer” pindahkan wang dia kepada anda dahulu untuk buktikan keikhlasan terutama dalam “scam” cinta tak kesampaian.
  3. “Devil is in the detail”. Tanyakan maklumat terperinci. Kalau tak boleh jawab, menipulah tu.

Contoh:- Saudara Tuan di UK meninggal tinggalkan harta banyak untuk saudara. Boleh bagitahu perkuburan mana? Mahkamah mana bagi perintah? Dia tinggal dimana kali terakhir? Apa nama syarikat dia kerja? Ada insuran nyawa? Etc.



  1. Kalau terima email dari syarikat/agensi terkenal, klik pada alamat email penghantar untuk melihat alamat email penuh. Kalau tertera alamat email panjang berjela dengan abjad dan nombor pelik, itu SCAM.

Contoh:-
Anda terima email dari Apple Support. Bila ditekan keluar “applesupport37564document-mmc@ymail.com”

Sila Kongsikan Sekiranya Bermanfaat!



Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading