
Sempena dengan Bulan Kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama mengingati sejarah dan kisah di sebalik kedaulatan dan keamanan negara yang telah diperjuangkan oleh pejuang kemerdekaan negara dan juga perajurit negara kita.
Berikut adalah latar belakang bagaimana tertubuhnya Rukun Negara dan juga prinsip-prinsipnya yang perlu disemat di dalam hati dan nurani kita rakyat Malaysia.
🔵 RUKUN NEGARA
✏️ Telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong IV.
✏️ Diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
✏️ Dibentuk dengan tujuan utama membentuk perpaduan yang kukuh.
✏️ Prinsip-prinsip yang terkandung dalamnya merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Lima (5) Prinsip Rukun Negara :
1️⃣ Kepercayaan kepada Tuhan
2️⃣ Kesetiaan kepada raja dan negara
3️⃣ Keluhuran perlembagaan
4️⃣ Kedaulatan undang-undang
5️⃣ Kesopanan dan kesusilaan
