
Tips menggunakan Tiktok (untuk usahawan yang nak buat sendiri) :
- Pilih 1 tajuk yang korang mahir (tak semestinya tentang bisnes). Apa level mahir tu? Kalau pejam mata pun kau boleh ulas.
- Rekod video berdurasi pendek. Singkat dan padat. Untuk permulaan, kalau boleh video bawah 1 minit.
- Gunakan font dan music yang ada di aplikasi Tiktok. Mengikut kesesuaian video yang korang buat.
- Untuk permulaan kalau boleh henyak 3 hingga 5 video sehari. Kalau saya dulu, sehari 10 video je ha ha ha. Tik tok suka konten creator. Lagi ramai buat konten, lagi ramai yang akan menonton. Lagi ramai orang berkumpul di tiktok, lagi mudah mereka distribute iklan berbayar.
- Fokus bagi MANFAAT. Jangan syok sendiri.
- Untuk permulaan, elakkan buat video menjual.
- Fasa pertama cuba Konsisten selama 180 hari, sehari 5 video pendek yang bermanfaat.
- Kena perah otak supaya kreatif, normal is boring.
- Video tak semestinya kena nampak wajah. Boleh guna caption di dalam video ataupun buat voice over.
- Selepas dapat 1000 followers, dah boleh mula buat live. Buat live pun sama, tak semestinya kena nampak wajah sendiri. Boleh halakan kamera ke arah lain.
- Lebih banyak video bermanfaat, lebih besar peluang untuk orang share. Lebih ramai orang share lebih besar peluang dapat followers baru.
- Selepas mula ada crowd, boleh mula jana pendapatan menggunakan video. Seperti jual produk orang lain (affiliate). Boleh promosikan tiktok shop ketika live ataupun melalui video.
- Selepas ada followers, boleh jana pendapatan dengan buat paid review.
- Selepas ada followers, boleh dapat gift ketika buat live.
Platform media sosial ni jika digunakan ke arah yang betul, ianya boleh jadi satu platform jana pendapatan dan juga menjana pahala.
Selamat mencuba!
