JOHN WICK TURKI OLIMPIK 2024 PERANCIS!

Posted by

·

Memang melawan norma kebiasaan dalam pertandingan Olimpik. Cermin mata biasa, earplug biasa, baju santai, dua-dua mata terbuka sambil tangan masuk dalam poket. Sedar-sedar dapat silver medal dalam Olimpik.



Tengok gambar sebelah menyebelah dengan pesaing Serbia dengan aksesori lengkap yang menjadi kebiasaan peserta pistol udara. Memang lain macam!

Sampaikan ada komen netizen kata, dia ni kerja utama sebagai assassin dan kerja sampingan dia adalah masuk pertandingan olimpik .

Nama dia ni Yusuf Dikec (sebutan dia: Diketch). Umur dia sekarang 51 tahun dan ini adalah kali kelima dia masuk Olimpik. Maknanya dia mula-mula masuk tahun 2008. Lagi best, inilah pingat pertama untuk negara Turki dalam Olimpik kali ini!


@tansristudio

Be excellence in every moment you create. Be excellence in all you do. StriveForGreatness #OwnYourJourney #TSA #thebest @amirsyac @pakamir.takaful

♬ Eye of the Tiger – Survivor

Tapi jangan salah sangka, sebab kerjaya dia sebagai penembak ni dah mula daripada tahun 2001 iaitu ketika dia berumur sekitar 27/28 tahun. Setakat bacaan di Wikipedia, ini adalah pingat dia yang ke-27.

Macam mana dia boleh terjebak? Sebab dia masuk sekolah tentera dan dia ada kemahiran menembak. Alang-alang tu, masuklah pertandingan dan memulakan perjalanan kerjaya sebagai seorang profesional.

Apa kita boleh belajar?

  1. Aksesori boleh membantu kemenangan, tapi akhirnya, kemahiran individu itu sendiri lebih mustahak
  2. Kemahiran begini bukan cerita setahun dua, tetapi cerita bertahun-tahun dan berjam-jam punya usaha
  3. Pilihlah apa yang kita selesa dan yakin buat, dan usah fikir apa orang lain cakap jika kita yakin pilihan kita betul dengan landasan ilmu
  4. Latar belakang seseorang membantu dalam membentuk perjalanan hidup seseorang.


Apa-apa hal pun, kita bukan beli degree, tapi kita bayar upah guru dan orang-orang yang melatih kita sampai jadi expert.



Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading