Sentuhan Gadis Muda Ini Menjadikan Enjin Moto2 Triumph Cukup Laju Di MotoGP Ketika Ini!
Siapa sangka.. Iqra Hamid, gadis muda berketurunan Pakistan kelahiran Britain ini merupakan antara jurutera utama di sebalik kehebatan enjin Triumph yang kini dikenali sebagai enjin terbaik dalam kelas Moto2 sejak diperkenalkan.
Menjawat jawatan sebagai “Senior Powertrain Design Engineer” di Triumph sejak 2021.
Iqra Hamid dikenali kerana skill yang tinggi dalam kerjasama “Technical Team” dan berpengalaman dalam aspek pembangunan prestasi enjin.






Beliau kini menjadi jurutera rujukan utama bagi penyelesaian masalah teknikal yang perlu diselesaikan dengan segera dan tepat.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam memastikan enjin-enjin Triumph Moto2 ini mencapai prestasi terbaik dalam perlumbaan Moto2 yang semakin kompetitif ketika ini.
Simon Crafar pengulas MotoGP melahirkan rasa kagum dan hormat yang tinggi pada gadis muda ini.. “Saya merasa bertuah dapat bertemu wanita muda yang hebat di Silverstone ini”
Iqra Hamid harus dijadikan sebagai inspirasi terutama pada generasi wanita muda yang bercita-cita menceburi bidang kejuruteraan dan sukan permotoran yang didominasi oleh lelaki ketika ini.
