Kebakaran Di Miri Sarawak Meragut 2 Nyawa

Posted by

·

Salam Takziah…
Kita mendapat perkhabaran yang sangat mendukacitakan. Sepasang suami isteri warga emas ditemui rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pangkalan Lutong Miri

Al-Fatihah

Pasangan suami isteri warga emas ditemui mati rentung dalam bilik air.



MIRI: Sepasang suami isteri diitemui rentung dalam satu kebakaran dalam bilik air di sebuah rumah di Kampung Pangkalan Lutong sekitar jak 11.15 pagi tadi.

Menurut info awal mangsa yang rentung dikenali sebagai Abdullah Nassa berusia 77 tahun dan isterinya Jaimah Badar, 64 tahun. Setakat ini Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis pada jam 1.15 petang untuk tindakan lanjut.


@tansristudio

Be excellence in every moment you create. Be excellence in all you do. StriveForGreatness #OwnYourJourney #TSA #thebest @amirsyac @pakamir.takaful

♬ Eye of the Tiger – Survivor

Selepas insiden kebakaran tersebut.

LAKMM Santuni Mangsa Kebakaran di Kampung Pengkalan Lutong.

Pada 7 Ogos 2024, Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) telah menyantuni mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Pengkalan Lutong pada 6 Ogos 2024. Sumbangan ikhlas ini disampaikan oleh Ayahanda Penghulu Hj Samad Bin Alip, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam & Kebajikan LAKMM, bersama Puan Ramlah Binti Ahat, Pengurus LAKMM.



Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang terjejas. Di kesempatan ini, pihak LAKMM juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang telah kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan sentiasa dirahmati Ilahi.



Suami isteri warga emas rentung dalam kebakaran rumah

MIRI: Sepasang suami isteri warga emas rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Pengkalan Lutong kira-kira jam 10.55 pagi tadi.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Abdullah Nassa, 64, dan isterinya Jaimah Badar, 77.

“Kedua-dua mangsa dijumpai rentung pada 12.15 tengah hari di kawasan bilik mandi. Mangsa diserahkan kepada pihak polis pada 1.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan.Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dan BBP Lopeng yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian yang sejauh lapan kilometer dari balai.



Operasi pemadaman diketuai Komander Operasi Ramlee Sahari bermula kira-kira jam 11.04 pagi sehingga api dipadamkan sepenuhnya.Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang terbakar sepenuhnya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis kira-kira jam 1.15 petang sementara kerja-kerja penilaian masih lagi dijalankan.



Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading