Persiapan Sukma Sarawak 2024

Posted by

·

,

1,800 peserta buat persiapan rapi sempena pembukaan SUKMA XXI Sarawak 2024.



Persiapan bagi pembukaan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 berjalan dengan rancak dan lancar di Stadium Sarawak di sini, hari ini.

Pembukaan SUKMA ini akan melibatkan seramai 1,800 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan, pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Intitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta pelajar sekolah.

Koordinator bagi pembukaan temasya ini dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak (MSS) Dayang Mariana Abang Bolhassan.Menurutnya, acara perasmian SUKMA kali ini akan memperlihatkan semangat perpaduan yang holistik dengan berkonsepkan Matlamat Perpaduan Membara.


@tansristudio

Be excellence in every moment you create. Be excellence in all you do. StriveForGreatness #OwnYourJourney #TSA #thebest @amirsyac @pakamir.takaful

♬ Eye of the Tiger – Survivor

Dalam pada itu, sebanyak 7,500 tiket masuk ke majlis perasmian SUKMA akan diagihkan secara percuma kepada orang ramai pada 13 dan 14 Ogos di Stadium Sarawak bermula 10.00 pagi.Majlis perasmian temasya itu nanti akan memberi ruang kepada 30,000 orang awam untuk menyaksikannya manakala 10,000 lagi adalah kepada atlet dan tetamu kenamaan.



Sukma 2024 akan membuka tirainya dari 17 hingga 24 Ogos ini, melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Temasya ini juga akan mempertandingkan 488 acara, merangkumi 37 sukan sekali gus menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.

Untuk rekod, SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1990 dan 2016.



PERSIAPAN ACARA GIMNASTIK DI SERIAN



Persiapan SUKMA Sarawak untuk acara gimnastik artistik di Serian Conference Center (SCC) sedang giat dijalankan.


@tansristudio

Turning financial dreams into reality with every roll of the dice! 💸 #CashflowGame #FinancialFreedom

♬ Enjoy the Moment – Zeca Zilocchi

PERSIAPAN AKHIR VENUE GELANGGANG TINJU SUKMA XXI.



Persiapan akhir venue bagi acara tinju SUKMA XX1 SARAWAK 2024 yang menawarkan 15 pingat emas.Sukan tinju akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan, Sri Aman bermula 16 sehingga 23 Ogos ini.



SCC Adakan ‘Test Game’ Persiap Atlet & Venue SUKMA Sarawak



Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Persatuan Olahraga Negeri Sarawak dan Persatuan Renang Negeri Sarawak telah mengadakan ‘Test Game’ Kejohanan Olahraga Tertutup dan Sukan Akuatik Renang sebagai persiapan akhir sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak pada Ahad.



Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading