Ada Untung Ke Menyimpan Emas?

Posted by

·

Ramai tertanya-tanya kenapa perlu buat pelaburan emas dan simpan emas.



Masih ramai sebenarnya yang tidak nampak potensi dan kenapa perlu membuat pelaburan emas dan simpan emas.

Melabur bukan sebab utama nak jadi kaya raya. Melabur bertujuan untuk kita kekal mempunyai kuasa membeli.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, penting untuk kita memiliki aset seperti rumah. Selain daripada itu, emas juga merupakan aset yang bernilai yang boleh dikumpul seperti rumah. Bezanya adalah rumah amat sukar untuk dicairkan, kadang-kadang mengambil masa sehingga setahun untuk dijual. Manakala emas boleh dijual pada bila-bila masa.



Emas dilihat sebagai penyelamat kewangan serta pelindung harta. Emas adalah pelaburan kalis inflasi dan harganya sering meningkat naik. Buktinya, sehingga hari ini, anda boleh mendapatkan seekor kambing dengan nilai 1 dinar, sama seperti 1,400 tahun yang lalu.

Berikut adalah sebab sebab mengapa emas perlu dijadikan sebagai pelaburan dan simpanan jangka panjang anda.



1.Nilai wang semakin jatuh.
Wang mengalami susut nilai,amat rugi jika simpan wang kertas ditambah pula dengan inflasi.Semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan untuk membeli sesuatu barangan.Jika wang kertas dikoyak koyak.Adakah anda kutip?Sudah tentulah tidak.Tetapi jika emas walaupun dah jadi serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak.Inilah contoh paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja.


2.Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang amat selamat dan lebih menguntungkan.

Jika simpan di ASB  dpt 5% dividen tetapi kenaikan harga emas adalah sebanyak 20%-36% setahun.Berbaloi lagi kalau membeli emas rasanya daripada menyimpan di ASB.


3.Emas adalah aset yg mudah cair.
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampu tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat balik.


4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi.
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.


5.Pelindung Kekayaan.
Emas bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.


6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan.
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.


7.Melindungi Inflasi.

Bukan sahaja ekonomi negara, tetapi emas juga melindungi ekonomi anda sekeluarga. Ia mampu untuk menyaingi kadar inflasi dan berupaya untuk melindungi kejatuhan nilai matawang.


8.Mengekalkan Kuasa Beli

Sekiranya emas tidak turun harganya, negara yang menggunakan emas untuk urusan jual beli pasti tidak melalui masa-masa yang sukar dalam ekonomi. Ekonomi juga akan semakin kukuh serta pedagang dan rakyat dapat mengekalkan kuasa jual beli.


9.Status dan Aset

Sememangnya perlu untuk seorang daripada kita mula menyimpan emas dan membuat pelaburan emas. Emas adalah sebuah aset jika anda fikirkan jangka masa panjang kedudukan ekonomi dan kemampuan ramai pada masa akan datang.


10.Meningkatkan Nilai Kewangan

Nilai kewangan anda akan bertambah apabila anda melabur dan menyimpan emas. Emas mampu untuk memberi pulangan yang tinggi sekiranya disimpan untuk jangka masa yang panjang.


Mari mula menyimpan emas.Sikit sikit lama lama membukit!

Public Gold menyediakan peluang serta kemudahan yang sangat menarik untuk semua sesiapa yang mahu menyimpan emas dengan konsisten.Pada masa yang sama kemudahan yang disediakan oleh Public Gold sangat mesra dan mudah buat semua.



1: Gold Accumulation Program. (GAP)

2: Syariah Easy Payment Purchase. (EPP)

3. Outright Purchase.


Terdapat beraneka jenis pilihan emas daripada Public Gold dan banyak kelebihan menyimpan emas di Public Gold daripada kecil kecilan sehinggalah sebesar besarnya simpanan emas.

Dengan hanya RM100 sebulan dah boleh dah untuk mengumpul dan menyimpan emas untuk masa hadapan yang kukuh dan terjamin.

Disamping itu juga terdapat banyak kemudahan menyimpan di Public Gold.Antara nya ialah Gold In Transit (GIT), Pembayaran FPX dan Patuh Syariah.


Kita boleh mula menyimpan emas di Public Gold dengan scan QR code dibawah atau disini Simpan Emas Untuk Masa Hadapan Yang Terjamin!

Semoga pengetahuan berkenaan emas memberikan manfaat kepada kita semua untuk jangka masa yang panjang.

Sampai sampaikan kepada mereka yang mahu mula menyimpan.



Agent Info Avatar

About the author

Love to share. Love to add value to others. Dont forget to like and share the blog.

Discover more from What You Think. You Become.

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading