Walaupun Iran sinonim dgn fahaman Syiah tetapi Iran adalah satu-satunya negara Islam yang berani menyerang Israel.Manakala negara Arab lain memilih untuk membisu seribu bahasa.Pada tahun 2020, Kebanyakan negara Arab seperti UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi mendatangani Abraham Accords iaitu perjanjian diplomatik dengan Israel yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat (AS).Mesir dan Arab Saudi tidak termasuk dalam Abraham Accords tetapi mereka ialah teman baik AS.

Israel tampak hebat tetapi ia sebuah negara yang kecil sahaja dan dikelilingi oleh negara-negara Arab.Israel terpaksa menggunakan ruang udara negara Arab lain untuk penerbangan jet pejuang dan peluru berpandu.Kebanyakan Negara Arab yang kaya adalah sekutu AS dan mempunyai pangkalan tentera AS di negara mereka.Bahrain mempunyai Pangkalan tentera Naval Support Activity Bahrain yang mempunyai kapasiti 7,000 anggota tentera laut dan kakitangan sokongan.Fungsi pangkalan tentera ini sebagai ibu pejabat Armada Kelima AS (U.S. Fifth Fleet) untuk operasi maritim di Teluk Parsi, Laut Arab, dan Laut Merah.Logistik di sini sebagai dermaga kapal perang, pusat kawalan laut, sistem radar & komunikasi.
Qatar pula mempunyai Pangkalan tentera Al Udeid Air Base yang mempunyai kapasiti 13,000 anggota (AS & sekutu).Pangkalan ini adalah pangkalan tentera udara terbesar AS di Timur Tengah dan Pusat Kawalan Operasi Udara CENTCOM.Pangkalan tentera ini mempunyai 2 landasan kapal terbang, Hangar pesawat pengebom B-52, F-15, drone MQ-9 Reaper dan pusat arahan dan sistem pengawasan satelit.Kuwait mempunyai Pangkalan tentera, Camp Arifjan dan Camp Buehring. Pangkalan ini mempunyai kekuatan 13,000 anggota tentera.Fungsi pangkalan tentera ini sebagai transit dan logistik ke Iraq & Syria serta tempat latihan bersama tentera Kuwait.Pangkalan tentera ini adalah depot senjata dan kenderaan berat, lapangan udara taktikal dan pusat pembaikan dan bekalan tentera.
Negara Arab Saudi mempunyai pangkalan tentera Prince Sultan Air Base (PSAB) – Al Kharj yang mempunyai kekuatan 2,000–3,000 anggota.Pangkalan tentera ini berfungsi sebagai pusat serangan udara, pertahanan udara, dan radar.Ia juga menempatkan sistem THAAD dan Patriot.THAAD atau Terminal High Altitude Area Defense ialah sistem pertahanan peluru berpandu balistik yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.Ia direka untuk mengesan, menjejak, dan memintas peluru berpandu balistik musuh ketika berada di fasa akhir penerbangannya — sama ada di luar atmosfera (exo-atmosfera) atau dalam atmosfera bumi.Pangkalan di Arab Saudi ini mempunyai landasan panjang, sistem radar jauh dan pusat komunikasi strategik.Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula mempunyai pangkalan tentera, Al Dhafra Air Base yang mempunyai kekuatan 5,000 anggota.Fungsi pengkalan tentera sebagai pusat operasi jet F-22 Raptor & pesawat peninjau untuk misi serangan ke Syria dan Iraq.Pangkalan tentera ini memiliki hangar pesawat stealth, Sistem radar canggih dan stesyen pengisian bahan api udara (aerial refueling).Jordan mempunyai Pangkalan tentera, Muwaffaq Salti Air Base yang mempunyai kekuatan 2,000–3,000 anggota.Fungsi pangkalan sebagai pusat serangan udara ke ISIS dan latihan bersama tentera Jordan.Pangkalan tentera ini memiliki lapangan udara taktikal dan kem latihan.Semasa konflik Israel-Iran, Jordan membenarkan ruang udaranya untuk memintas peluru dan drone Iran.
Oman tidak mempunyai pangkalan tentera khusus AS tetapi menawarkan kemudahan ketenteraan Masirah Air Base dan Thumrait Air Base.Kemudahan ketenteraan ini berfungsi sebagai logistik, transit kapal terbang & kapal laut.Kemudahan ketenteraan ini mempunyai landasan udara, stor simpanan dan pelabuhan tentera.Sebab itu, tidak hairan negara Arab yang kaya-raya ini berdiam diri apabila berlaku konflik di Timur Tengah. Mereka mahu menjaga hati sekutu mereka.Jadi jangan mengharapkan lagi campur tangan negara-negara Arab dalam konflik timur tengah. Jauh panggang daripada api.Iran membekalkan senjata dan teknologi senjata kepada kumpulan jihad tempatan dalam konflik Yaman, Gaza dan Syria.Mungkin ini faktor sebenar Israel menyerang Iran secara tiba-tiba.Sejak sekalian lama Iran dimomokkan sebagai musuh nombor wahid bagi AS dan Israel.Sesetengah orang Islam berasa sukar untuk menyokong Iran kerana Iran sinonim dengan fahaman Syiah.Seolah-olah jika menyokong Iran maka turut menyokong fahaman Syiah. Tanggapan ini silap!
Jika kita menyokong Iran tidak bermakna kita menyokong akidah Syiah. Kita masih tetap berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).Jangan kita lupa Israel menjajah bumi Palestin secara haram selama 77 tahun dan melakukan penghapusan etnik (genocide). Mereka ini patut ditentang.Islam melarang kezaliman. Abu Zar RA meriwayatkan hadith qudsi bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT berkata:
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُم مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا.
“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku, dan Aku jadikannya haram antara kamu. Maka janganlah kamu saling menzalimi.” (Riwayat Muslim)Kita perlu mencegah saudara kita yang dizalimi. Nabi SAW bersabda:
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا، فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا؟
قَالَ: تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
“Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi.
Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, kami faham membantu orang yang dizalimi, tetapi bagaimana membantu orang yang zalim?
”Baginda menjawab: Kamu cegah dia daripada melakukan kezaliman.” (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammhad SAW juga menyuruh kita mencegah kemungkaran. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُم مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
“Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kuasa). Jika dia tidak mampu maka dengan lidahnya (nasihat/teguran). Jika dia tidak mampu juga maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Jika ada pihak yang menentang penjajah bumi Palestin maka kita perlu sokong dengan penuh jiwa!
Walaupun Iran berfahaman Syiah Imam 12 namun mereka masih beragama Islam, negara mereka dianggap negara Islam. Rakyat Iran juga pergi menunaikan haji di Baitullah.Arab Saudi tidak pernah melarang rakyat Iran menunaikan haji bahkan rakyat Arab Saudi ada berfahaman Syiah Ismailiah seperti di Qatif, Al-Ahsa serta Najran.
Walaupun Iran mengamalkan Syiah imam 12 namun mereka tetap orang Islam. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi menyebut:
الشِّيَعَةُ لإِمَامِيَّةُ ٱلإِثْنَا عَشَرِيَّةُ، هُمْ مُسْلِمُونَ، وَإِنْ خَالَفُونَا فِي بَعْضِ ٱلْفُرُوعِ، لَهُمْ عَقَائِدُهُمْ وَمَذَاهِبُهُمْ، وَلَكِنَّهُمْ يَشْهَدُونَ أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ ٱللَّهِ، وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَاةَ، وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَاةَ، وَيَصُومُونَ رَمَضَانَ، وَيَحُجُّونَ ٱلْبَيْتَ… فَلَا يَجُوزُ تَكْفِيرُهُمْ.
“Syiah Imam dua belas adalah Muslim, walaupun mereka berbeza dengan kita dalam beberapa cabang (furuk).
Mereka mempunyai akidah dan mazhab mereka, namun mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada Ramadan, dan menunaikan haji ke Baitullah maka tidak harus mengkafirkan mereka.”Ulama Arab Saudi yang seperti Ibnu Baz dan Ibnu Uthaimin turut berpegang kepada pandangan yang sama.Dengan itu, atas dasar semangat ukhuwwah Islamiah, kita wajib menyokong Iran. Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَثَلُ المُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ، مَثَلُ الجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالحُمَّى.
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan mereka, dan keakraban mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh merasa sakit, seluruh tubuh akan turut merasai sakit dengan berjaga (tidak tidur) dan demam.” (Riwayat Muslim)
Jangan biarkan polemik Syiah-ASWJ membuatkan kita ragu-ragu untuk menyatakan sokongan kepada perkara yang hak.Jangan sebab polemik Syiah-ASWJ, kita dibodohkan hingga menyokong Israel!
Na’uzubillah min zalik.
Katakan tidak kepada kezaliman!
Walaupun menyokong Iran dalam konteks konflik ini. Tidak bermakna kita menyokong akidah Syiah dan tindakan Iran dalam aspek yang lain. Tidak perlu ‘generalize’ dalam hal ini.Pada masa yang sama, kita juga perlu berwaspada dengan tindakan Iran. Prinsip Taqiah adalah rukun iman mereka.
Jangan telan 100% dan terjerumus dalam tipu daya Syiah. Kita perlu menilai dengan matang.
Moga Allah membantu mereka dan merdekakan bumi Palestin. Salam hormat.
